KAD MEDIKAL / PERUBATAN : KLAUSA NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) & PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC)

Assalamualaikum dan selamat petang.
Adakah fitrah manusia suka membuat perbandingan?
Bila anda pergi beraya di rumah, anda membanding-bandingkan rasa kuih ini di rumah ini dan rumah sebelumnya. Bila anda tengok wayang pula, anda bandingkan cerita ini dengan cerita yang pernah popular. Bila ada artis baru, anda membandingkan pula bakat beliau dengan artis senior.
Begitu juga dalam insuran / takaful.
Awal pembabitan saya dalam dunia insuran / takaful, saya kerapkali diminta supaya membuat perbandingan syarikat ABC dan XYZ. Naif, saya kata saya tak buat perbandingan! Saya pernah menyenaraikan dan bertanya kepada pemilik polisi dari syarikat berbeza – cuma perasaan ingin tahu, apakah perbezaan syarikat-syarikat pengendali insuran / takaful di Malaysia ini.
MAAF! Saya tidak kongsikan apa yang saya tahu tentang perbandingan. Kenapa?
  • Bukan etika seorang ejen profesionalisme, membuat perbandingan. Sudah pasti bila membuat perbandingan, anda fokus kelemahan dan kekuatan.
  • Saya di bawah pengawasan BNM – memang etika tidak boleh memburukkan syarikat lain secara lisan, fakta dan sebagainya.
  • Saya memfokuskan apa yang saya ada, berbanding apa yang orang lain ada. Kan lebih baik?
  • Membuang masa saya untuk senaraikan dan bagitahu. Setiap tahun, setiap syarikat insuran / takaful sentiasa berusaha memperbaharui pelan mereka – jadi, apa yang saya beritahu mungkin ‘validity’ hanya sekejap sahaja.
  • Memahami nilai sebuah insuran / takaful, lebih penting daripada harga dan fungsi. Saya sentiasa memastikan apa yang saya beri, memenuhi keperluan pelanggan.
Tapi, tapi, tapi, tapi…
Saya kerapkali di tanya mengenai gambar di bawah ini.

Gambar di atas sebenarnya, sudah ada ejen lain mengupas isu ini. Sekali lagi, saya tak merujuk mana-mana syarikat secara spesifik. Saya cuma anda mahu faham apa yang anda miliki.
Isu di atas mengenai klausa kad perubatan, di mana insuran / takaful perubatan adalah perkara paling rumit difahami, mahu diterangkan dan mungkin tebal ‘ceritanya’ dalam polisi anda.
Minta ejen anda terangkan dua KLAUSA PENTING ini.
  • NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) bermaksud syarikat tidak boleh batalkan manfaat perubatan selagi pelanggan masih membayar dan tidak berlaku apa-apa penipuan (fraud or misrepresentation).
  • PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC) bermaksud syarikat BOLEH menarik balik manfaat perubatan dengan notis 30 hari jika syarikat mahu berbuat demikian (kerugian, claim banyak sangat etc).
Hari ini tentunya anda lebih sihat daripada 30 tahun akan datang. Tapi jika umur anda sudah 60-70 beserta kad perubatan PWC, syarikat pula tiba-tiba mahu tarik balik manfaat itu, apa jadi? Sudahlah dengan pelbagai penyakit ketika umur tersebut – kencing manis, darah tinggi la, batu sana sini, penyakit jantung, stroke, cancer – tiba-tiba ditarik semula manfaat tersebut. Maka ada yang berkatalah kad perubatan PWC menipu – tak ‘cover’ itu, tak ‘cover’ ini.
Adakah insuran PWC menipu?
Tidak. Dalam buku polisi PWC sudah sedia tertulis, minta ejen anda terangkan.
Seperti yg saya kata, pilih NCC. Nombor-nombor itu hanya gimik. Ya, NCC sedikit mahal. Klausa yg mahal tapi itulah fungsinya – ketenangan minda.
Sumber: Generation Y
Jangan tanya saya lagi, siapa bagus dan siapa kurang bagus.
Lebih baik anda jadi seorang yang bagus dengan memahami apa yang anda miliki terlebih dahulu.
Eh, yang sibuk tanya-tanya ini dah ada polisi belum?
Memberi untuk menerima.

Comments

Popular Posts