MASA KITA SIHAT...

Masa sihat kita suruh ambil takaful, dia REJECT sebab takde keperluan lagi katanya.

Bila sakit dah mai, kita terpaksa REJECT dikatanya kita bias dan company nak kauk untung jer.

Tapi, cuba kita fikir kalau syarikat insurans/takaful pukul rata ambil yang dah sakit dan sihat sekali mana hak orang yang sihat?

Lagi satu, kita kena ingat bahawa syarikat insurans/takaful bukan badan kebajikan. Sebab dia memilih yang sihat sebagai pencarum pun sebagai menjaga hak keadilan kesemua peserta yang menyumbang bersama.

Sebab tu kenderaan baru boleh wajib ada insurans sebab dah tentu-tentu ianya boleh dikenalpasti kondisi kena baik sebelum dikeluarkan.

Tapi, kita sebagai manusia bukan semua dilahirkan bertuah dalam keadaan sihat semuanya. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Macam mana pun, yang masih sihat jangan ingat kita akan sihat selamanya. Bukan nak kata kita mintak sakit, tapi hidup ni full of uncertainty (penuh ketidaktentuan). Ada orang semalam sihat, tengok esok dah takde. Ada orang lama tak dengar khabar, tiba-tiba dengar dah sakit terlantar. Tengok orang sekeliling kita je pun dah cukup.

Jadi, ambil iktibar orang lain dan sentiasa hidup dalam keadaan bersedia. Bukan bila nak berak baru nak gali lubang atau bila pening baru cari panadol pain killer yang boleh reda sementara.

Take it, or just leave it.

Saya ingatkan jer untuk kebaikan semua.

I Share Because I Care 💕💕💕


Comments